Soalan Lazim
Dana ini terbuka kepada organisasi atau syarikat media tempatan yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) tidak kurang dari enam (6) bulan dan mempunyai medium penerbitan (portal/ surat khabar) yang aktif serta memiliki Kad Perakuan Media (KPM) yang sah pada tarikh permohonan dibuka.
Fasa pertama permohonan dibuka dari 1 hingga 14 Januari 2026.
Permohonan hendaklah dikemukakan melalui langkah yang berikut:
(i) Muat turun borang permohonan melalui laman sesawang Kementerian Komunikasi.
(ii) Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang diperlukan.
(iii) Pastikan borang permohonan yang telah lengkap dilampirkan dengan dokumen sokongan dan dihantar ke Kementerian Komunikasi.
Senarai dokumen yang diperlukan seperti yang berikut:
(i) Borang permohonan;
(ii) Maklumat korporat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
(iii) Profil syarikat;
(iv) Kertas kerja permohonan (berdasarkan skop program yang ditetapkan);
(v) Salinan lesen daripada Kementerian Kewangan (MOF)/ Kementerian Dalam Negeri (KDN)/ dan lain-lain* (jika berkaitan);
(vi) Laporan CCRIS dan Borang Kebenaran CTOS*;
(vii) Penyata kewangan beraudit dan akaun pengurusan terkini*; dan
(viii) Penyata bank syarikat untuk enam (6) bulan terkini*.
*Semua salinan hendaklah disahkan oleh Setiausaha Syarikat.
Borang permohonan dan dokumen yang lengkap perlu dihantar secara serahan tangan ke alamat berikut:
(i) Urus setia,
Dana Inovasi Media,
Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat,
Kementerian Komunikasi,
Aras 29, Menara Komunikasi,
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya.
atau
(ii) Menerusi e-mel di alamat :
danainovasimedia@komunikasi.gov.my.
Ya. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan pemohon akan dimaklumkan berhubung status dokumen.
Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran rasmi manakala pemohon yang tidak berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel.
Tempoh pemprosesan dianggarkan hingga 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap dan tertakluk kepada pemakluman daripada pihak Kementerian Komunikasi.
Tidak. Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan bagi setiap fasa.
Ya. Pemohon dibenarkan mengemukakan lebih daripada satu (1) skop permohonan dalam tempoh yang sama.
Ya. Pemohon boleh mengemukakan permohonan baharu setelah menerima surat pengesahan program selesai daripada Kementerian Komunikasi, tertakluk kepada pengumuman pembukaan fasa permohonan seterusnya.
Program yang diluluskan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh dua (2) hingga enam (6) bulan dari tarikh Surat Setuju Terima (SST) atau kontrak dikeluarkan.
Sebarang pertanyaan lanjut hendaklah dikemukakan melalui e-mel Urus Setia Dana di danainovasimedia@komunikasi.gov.my.